Pembangunan Science Adventure (siri permainan video)

Siri ini dirancang oleh CEO Mages Chiyomaru Shikura, [78] dan dibangunkan oleh Mages, Nitroplus, [79] dan studio konsep multimedia milik Shikura iaitu Chiyomaru Studio, kedua-duanya memiliki hak cipta untuk siri ini. [80] [81] Naotaka Hayashi telah terlibat dalam penulisan siri sebagai penulis senario dan penyelia senario. [82] [83] [84] [85] [86] Pereka watak yang selalu hadir termasuk Mutsumi Sasaki (Chaos;Head dan Chaos;Child), [85] [82] Huke ( permainan-permainan Steins; Gate), [87] dan Tomonori Fukuda (permainan-permainan Robotics;Notes ). [80] [88] Runut bunyi permainan ini digubah oleh Takeshi Abo dan Zizz Studio. [89]

Shikura menyasarkan agar siri ini bersandarkan realiti kerana merasakan bahawa ia menjadikan cerita lebih terkait dan dipercayai. Beliau berkata bahawa secara peribadi beliau mendapati sukar untuk "melabur" dalam fantasi, dan tidak yakin bahawa orang ramai akan teruja dengan "fantasi yang digahkan". [79] Sepanjang siri ini, pasukan pembangunan menyasarkan kadar "99% sains dan 1% fantasi". [76] [90] Shikura menggelar filem tahun 1989 Back to the Future Part II sebagai ilham kepada Steins;Gate, memettik bagaimana ia cukup dipercayai untuk berasa seakan nyata. [91] Untuk Robotics;Notes, Mages bekerjasama dengan JAXA, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun, untuk membawa realisme yang lebih lanjut kepada cerita tersebut. [78] Disebabkan oleh penggunaan garis dunia – dunia-dunia alternatif – pembangun menggunakan carta korelasi untuk menjejaki peristiwa-peristiwa dalam cerita-cerita yang dikemas kini setiap kali mereka membuat entri baharu dalam siri ini. [76]

Abo menyatakan bahawa walaupun semua permainan adalah sebahagian daripada satu siri tunggal, runut bunyi bagi setiap permainan mempunyai imej yang berbeza. Dengan membandingkannya dengan cuaca, beliau menggelar Chaos;Head kehujanan, Steins;Gate kemendungan, Robotics;Notes kecerahan, dan Chaos;Child bergelora. Beliau menggunakan proses yang sama untuk setiap permainan semasa menggubah muzik: bermula dengan membaca cerita, memahami latar dan watak sebaik mungkin, dan menulis nota tentang aliran emosi permainan dan situasi yang berlaku sepanjang cerita. Menggunakan nota ini, beliau membina pandangan dunia muzikal untuk permainan itu, dengan banyak pemberatan pada tanggapan pertamanya. Pendekatan ini, walaupun lebih perlahan daripada hanya menetapkan lagu untuk bahagian permainan yang berbeza, membolehkannya mengarang lagu berkualiti tinggi dengan hubungan yang lebih rapat dengan pandangan dunia permainan itu. Beliau diberi banyak kebebasan ketika menghasilkan siri itu, dan dapat menghasilkan muzik yang beliau mahu cipta untuknya, sesuatu yang sangat beliau nikmati. Abo juga dapat mengarang setiap lagu tema permainan, dan sangat gembira dengan lagu tema Steins;Gate iaitu Gate of Steiner", yang mana dengan tema itu beliau dapat mewakili keseluruhan permainan. [89]

Siri Science Adventure antaranya adalah anak ilham daripada Infinity iaitu siri novel visual yang dibangunkan oleh syarikat KID yang kini sudah tidak beroperasi. Ia mengandungi beberapa rujukan dan tema yang serupa serta fokus yang sama pada unsur fiksyen sains. Beberapa kakitangan yang bekerja dengan KID dan siri Infinity, seperti Naotaka Hayashi, Chiyomaru Shikura dan Takeshi Abo kembali bersama untuk menghasilkan Chaos;Head, dan kemudiannya siri Science Adventure yang lain.

Rujukan

WikiPedia: Science Adventure (siri permainan video) http://andriasang.com/comt1h/robotics_notes_teaser... http://andriasang.com/comtug/5pb_ps3_titles/ http://andriasang.com/comwn0/steins_gate_shipment/ http://andriasang.com/con1ik/robotics_notes_orders... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2012-03-3... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-04-09/st... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-05-27/ch... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-12-10/st... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-01/ch... http://www.animenewsnetwork.com/news/2017-09-18/ch...